TAMAN NEGARA ROMPIN, PAHANG
Pada 1 September 2023, saya dan sekeluarga bercadang ke Pahang untuk melawat Tok dan saudara mara yang sudah lama tidak berjumpa dan pada masa yang sama kami juga bercadang untuk bercuti di sana.
Ketika di kampung kami melakukan pelbagai aktiviti seperti menyambut hari lahir saudara mara yang tarikh lahirnya berdekatan. Selepas itu, kami menyertai sukan yang dianjurkan oleh pihak kampung di sana.
Keesokannya,selepas meluangkan masa bersama saudara mara,kami sekeluarga melancong ke Taman Negara di Rompin untuk menikmati keindahan alam sekitar. Kami memang teringin untuk merasai bagaimana kehidupan di dalam hutan. Kami bermalam di sana untuk semalaman.Kami melakukan aktiviti-aktiviti seperti busking, menyanyi dan bercerita tentang kehidupan dan yang lebih seronok kami melakukannya bersama orang yang kami baru sahaja kenal. Pada waktu malam saya dan ayah bersama-sama meneroka di dalam hutan tetapi tidak jauh kerana ranger hutan kata bahaya.
Itu sahaja aktiviti yang kami lakukan semasa kami berada di Taman Negara.
Comments
Post a Comment