CAMERON HIGHLANDS, PAHANG
PERCUTIAN KE CAMERON HIGHLANDS
Pada 2 September,kami bercadang untuk bercuti ke Cameron Highlands untuk menikmati kesejukan dan flora dan fauna di sana. jadi kami segera berkemas dan bergerak untuk membuat perjalanan jauh ke Cameron Highlands.
Setelah lama berada dalam kenderaan, akhirnya kami tiba di destinasi. Keluar sahaja daripada kenderaan, angin sejuk sepoi-sepoi bertiup pada kami dan pada waktu itu waktu petang. Sementara menunggu matahari terbenam, kami melawat ke ladang teh untuk menikmati dan bergambar kehijauan ladang teh yang luas.
Selepas itu, kami ke kafe yang disediakan untuk berehat dan menikmati teh buatan Malaysia. Kami duduk di dalam kafe sehingga matahari terbenam. Apabila hari sudah gelap, kami pun bergerak keluar dari kafe menuju ke kereta untuk ke Resort yang kami tempah sehari sebelum.
Resort yang kami tempah ialah Strawberry Park Resort. Ini adalah resort yang paling berpatutan kami jumpa. Pada yang sama ia mempunyai permandangan yang sangat memuaskan. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai kolam renang tertutup. Saya dan adik-adik sangat teruja tidak sabar untuk esok hari.
Pada esok harinya, saya bangun pada awal pagi dan dapat melihat pemandangan dan suasana yang sangat cantik dan dingin. Ia membuatkan saya berasa teruja dan tenang pada masa yang sama. Saya berhenti di sini sahaja kerana ceritanya terlalu panjang. Tetapi sepanjang percutian saya di sini amatlah tenang dan membuatkan saya menghargai ciptaan tuhan.
Comments
Post a Comment