KUANTAN, PAHANG
Percutian ke Kuantan, Pahang
Di Kuantan saya berkunjung ke beberapa tempat pelancongan yang menarik.
Tempat pelancongan pertama yang saya kunjungi ialah Kuantan River. Disana saya menaiki bot meneroka kawasan hutan pya bakau dengan beberapa pengunjung yang lain melihat keindahan alam sekitar. Selain itu, mempelajari beberapa maklumat tentang kawasan sekitar hutan paya bakau Kuantan. Kami berada di dalam hutan sehingga senja dan pulang.
Tempat pelancongan yang seterusnya, berkunjung ke Swiss Resort Hotel untuk bermandi-manda di taman tema air yang disediakan di sana. Harga untuk tempahan hotel agak mahal tetapi dengan adanya taman tema air, ia amat memuaskan. Hotel ini amat sesuai untuk ibubapa yang ingin membawa anak-anak berseronok pada masa yang sama ibubapa juga dapat berehat dan menikmati keindahan pantai dan bilik yang premium dan selesa.
Pada hari yang sama juga saya pergi ke tempat pembuatan batik secara tradisional. Saya melihat mereka mempunyai batik-batik yang cantik dan berkualiti tinggi. Saya juga dapat melihat cara pembuatan batik secara tradisional dan dapat merasai mewarna di atas batik dan menggunakan alatan pembuatan batik. Pada waktu petang pula saya ke kawasan perbandaran di Kuantan untuk mencari makanan dan tempat untk kami berehat.
Seterusnya, kami terus ke Teluk Cempedak untuk menikmati pemandangan pantai di sana. Di situ mempunyai pelbagai aktiviti riadah yang boleh dilakukan seperti bermain layang-layang, menaiki RTX dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai pelbagai makanan yang dijual.
kawasan rehat dan jualan
Tempat pelancongan yang terakhir ialah Sungai Lembing Tin Mines. Ia membuatkan saya teruja kerana saya dapat melihat bagaimana keadaan di dalam lombong timah. Keadaan di dalam lombong timah amat gelap. Ia juga lembap. Selain itu, saya menaiki tren yang khas untuk memamsuki lombong. Saya juga mendapat banyak ilmu dan fakta tentang timah seperti bagaimana ia di bina, mengapa ia diperlukan dan banyak lagi.
Itu sahaja pengalaman saya melancong ke Kuantan, Pahang. sebenarnya banyak lagi kawasan yang menarik di Kuantan cuma tidak kesempatan. Terima kasih kerana membaca blog saya dan jangan lupa untuk menonton vlog saya, like dan subscribe saya di Youtube. LINK YOUTUBE>>
Comments
Post a Comment