Travel (short animation)


หšห–๐“ขึดเป‹๐ŸŒทอ™ึ’โœงหš.๐ŸŽ€เผ˜โ‹†

Animasi pendek ini adalah tentang melakukan aktiviti riadah bersama rakan.


โ™กโ€ห–โบ. เผถ โ‹†ห™โŠนโ€โ™ก

     Ini adalah kali pertama saya melakukan animasi tanpa apa-apa kemahiran asas tentang pembuatan animasi.  Ianya agak mencabar kerana ia memerlukan masa dan usaha untuk menghasilkan animasi walaupun dalam masa 1 saat.

          Tetapi zaman sudah berubah di mana pelbagai ilmu dan kemahiran berada di hujung jari. Jadi saya mempelajari asas melalui youtube dan aplikasi yang saya gunakan adalah FlipaClip. FlipaClip adalah aplikasi pembuatan animasi yang mudah dan mesra pengguna. Ia bukan sahaja mudah tetapi mempunyai pelbagai tools yang percuma dan mudah penggunaannya. 

ini adalah aplikasi FlipaClip

          Semasa penggunaan aplikasi ini, saya mengalami beberapa masalah kerana ada beberapa tools yang tidak ditunjuk ajar ketika saya pelajari cara penggunaan tetapi dengan beberapa percubaan dan kesilapan, saya dapat mengatasi masalah tersebut. Ia mengambil masa hampir sebulan untuk menyiapkan animasi yang berdurasi 30 saat. Kesibukan FYP dan LI juga menjadi sebab animasi mengambil masa untuk di siapkan. 


Salah satu proses pembuatan animasi

        Sepanjang proses melakukan animasi saya mempelajari pelbagai kemahiran dan perkara baru. Pada masa yang sama juga, saya amat menghormati pekerja-pekerja yang mengambil bidang animasi kerana bagi saya ini pun sudah cukup susah apatah lagi yang perlu maghasilkan karya yang berkualiti tinggi.

            Itu sahaja pengalaman saya  dalam melakukan animasi buat pertama kali dan terakhir. Walau apapun pengalaman ini membuatkan saya lebih menghargai dan kagum terhadap seni animasi kerana Malaysia mempunyai seni animasi yang terbaik dan berkualiti.


ห™โ‹†โœฎTerima Kasihโœฎโ‹†ห™

         





                                                          


Comments

Popular posts from this blog

PENGENALAN

ANIMASI